Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Dahlia Rizal terharu suami bagi guna kad debit untuk ‘shopping’

    Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal terharu apabila suaminya, Imran Aqil memberi keizinan untuk menggunakan kad bank miliknya bagi perbelanjaan dalam talian.

    Menerusi hantaran di Instagram Stories, Dahlia bertindak mengambil kad debit tersebut dan mengisi semua butiran tanpa sebarang persoalan daripada suaminya, lapor Oh Bulan.

    “Ambil gambar kad debit dia depan dia, dia nampak dan tak cakap apa-apa.

    “Masukkan nombor dalam akaun Shopee dan hantar kod pengesahan, dia terima notifikasi tersebut dan sahkan tanpa berkata apa-apa. Terima kasih sayang,” tulis Dahlia.

    Selepas selesai mengisi segala butiran, Imran berpesan kepada Dahlia untuk tidak boros ketika berbelanja.

    Dalam pada itu, Dahlia turut mengatakan Imran merupakan seorang suami yang memahami.

    “Lepas tu baru dia cakap shopping berpada-pada ya,” tambahnya.

    Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan. – Agensi

    Imran Aqil memberi keizinan kepada Dahlia untuk menggunakan kad bank miliknya bagi perbelanjaan dalam talian. – OhBulan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...