Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tujuh individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing

    TAWAU, 25 JAN – Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing.

    Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

    “Berdasarkan keputusan pihak pendakwaan, saya memerintahkan kesemua lapan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Kesemua baki tarikh perbicaraan dilapangkan,” kata hakim itu.

    Terdahulu, Khairul Azreem memaklumkan kepada mahkamah untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap kelapan-lapan tertuduh selepas mendengar keterangan saksi utama pendakwaan, Nurimah Juli, yang mengaku dia membunuh Nurman Bakaratu yang juga bekas suaminya di dalam kereta Myvi putih dinaiki mereka ketika berhenti di sebuah ladang kelapa sawit pada 13 Januari lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda