Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye mula keluarkan vaksin Hepatitis A

    ANKARA, 1 NOV – Turkiye yang selama ini membeli vaksin Hepatitis A daripada pembekal luar akan menghasilkannya sendiri dalam negara, kata Presiden, Recep Tayyip Erdogan semalam, lapor Xinhua.

    Erdogan membuat kenyataan itu pada majlis perasmian Pusat Pengeluaran Vaksin KeyVac, usaha sama antara Alagoz Holding Turkiye dan Sinovac Biotech China, di tapak berkeluasan 29,500 meter persegi, di Ankara, ibu negara Turkiye.

    Turkiye merupakan negara ke-4 yang mengeluarkan vaksin ini pada standard tertinggi, kata Erdogan.

    “Pergantungan kita kepada bekalan asing akan dikurangkan. Kita juga akan mempunyai sumber manusia terlatih dan dengan serba kebolehan,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda