Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye tak bercadang tunda p’raya

    ANKARA, 17 FEB – Parti Keadilan dan Pembangunan yang memerintah Turkiye tidak membincangkan mengenai penangguhan pilihan raya umum, maka dua tarikh yang dipilih sebelum ini kekal tidak berubah, lapor Sputnik memetik akhbar Hurriyet pada hari ini.

    Presiden, Recep Tayyip Erdogan mahu pengundian dijalankan pada 14 Mei manakala beberapa ahli parti mahukan ia dibuat pada 18 Jun. Belum ada keputusan atau hasrat untuk menukar tarikh pilihan raya parlimen dan presiden, lapor akhbar itu.

    Pada minggu lepas, ketua parti pembangkang Meral Aksener berkata pilihan raya mungkin ditangguhkan dari 14 Mei kepada 18 Jun ekoran gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye.

    Pembangkang menggesa parti pemerintah supaya tidak menjadikan bencana itu sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda