Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UG pintas SA dalam Liga Beyblade Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Pasukan Underground Beys (UG) berjaya memintas Pasukan Santai Aja Bladers (SA) dengan kelebihan satu mata dalam Liga Beyblade Brunei setelah pemain mereka, Awang Abdul Naim bin Haji Muhammad Yussof daripada Pasukan UG berjaya menduduki tempat pertama dan kedua.

    Dia sekaligus memperolehi lima mata dalam perlawanan beyblade ‘Right Spin Attack’ anjuran UG Spartan yang diadakan di Jalan Binglu, Rancangan Perumahan Negara Kampung Meragang.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Ghostbeys (GB) dan tempat keempat dimenangi oleh Mohammad Runi bin Haji Mohid.

    Manakala hadiah saguhati masing-masing dimenangi oleh Mohammad Runi daripada UG, Awang Dani daripada UG, Awang Massuny daripada UG dan Haji Rosaimi daripada GB.

    Saingan Liga Beyblade Brunei Darussalam ketika ini semakin mendebarkan di mana Pasukan UG berjaya mengungguli carta liga dengan kelebihan satu mata diikuti pasukan SA 115 mata dan Jakusha Bladers 91 mata.

    Dalam perebutan liga beyblade itu sebanyak enam pasukan menyertai iaitu Jakusha Bladers, UG, GB, SA, Beyblade Community Brunei dan Hageishi Bladers.

    Para peserta Liga Beyblade Brunei Darussalam bergambar ramai selepas pertandingan tersebut. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    Awang Abdul Naim bergambar bersama hadiah kemenangannya. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda