Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine akan bina 4 reaktor nuklear

    KYIV, 29 JAN – Kementerian tenaga Ukraine mengumumkan hari ini bahawa ia akan mula membina empat reaktor nuklear baharu tahun ini bagi menampung rampasan Rusia ke atas loji nuklear terbesar negara itu.

    Menteri Tenaga, German Galushchenko berkata dalam kenyataan televisyen bahawa keempat-empat reaktor baharu itu akan dibina di loji kuasa nuklear Khmelnytskyi di barat Ukraine, akhirnya akan menjadikannya yang terbesar di Eropah.

    Stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine, yang merupakan stesen terbesar di Eropah ketika ini, berada di bawah kawalan Rusia sejak Mac 2022 dan keenam-enam reaktornya telah dimatikan.

    Pertempuran sengit di kawasan tersebut dan gangguan bekalan elektrik telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa kerana loji itu masih memerlukan elektrik dan air untuk menyejukkan sistemnya.

    Loji Khmelnytskyi akan menerima dua reaktor yang dibina mengikut reka bentuk Amerika Syarikat (AS), kata menteri itu.

    Loji tersebut, yang bermula sejak tahun 1980an, kini mempunyai dua reaktor. Dua lagi telah lama dirancang tetapi pembinaannya tertangguh.

    “Dengan kuasa yang boleh dihasilkan oleh enam reaktor di loji jana kuasa nuklear Khmelnytskyi, ia akan menjadi yang terbesar di Eropah dan lebih berkuasa daripada Zaporizhzhia,” kata Galushchenko.

    Beliau berkata, pembinaannya akan mengambil masa beberapa tahun, dengan reaktor ketiga dijangka siap dalam masa kira-kira dua setengah tahun, diikuti oleh yang lain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda