Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ukraine, Rusia saling berbalas serangan dron

    KYIV, 19 MEI – Rusia melaporkan bahawa kira-kira 60 dron dan beberapa peluru berpandu ditembak jatuh di wilayahnya semalaman hingga hari ini, dengan Ukraine pula mengatakan bahawa mereka telah memusnahkan lebih 30 dron Rusia. Serangan baharu Rusia berlanjutan di timur laut Ukraine yang dilanda perang.

    Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 57 dron Ukraine di wilayah selatan Krasnodar malam kelmarin, kata Kementerian Pertahanan Rusia hari ini.

    Pegawai tentera tempatan menyatakan bahawa serpihan dron terkena kilang minyak di bandar Slavyansk-on-Kuban, tetapi tiada kebakaran atau kerosakan yang dilaporkan.

    Agensi berita tempatan, Astra menerbitkan video yang menunjukkan letupan di kilang minyak tersebut akibat serangan dron. Video itu tidak dapat disahkan secara bebas.

    Sembilan peluru berpandu balistik jarak jauh dan sebuah dron telah dimusnahkan di Semenanjung Crimea yang diduduki Rusia, berikutan serangan dron Ukraine yang besar pada pagi Jumaat yang memutuskan bekalan elektrik di bandar Sevastopol.

    Pegawai polis Ukraine mencari serpihan bom selepas serangan udara Rusia ke atas kawasan perumahan di Kharkiv, Ukraine pada 18 Mei. – AP

    Tiga lagi dron ditembak jatuh di wilayah Belgorod, yang bersempadan dengan Ukraine.

    Menurut Gabenor wilayah, Vyacheslav Gladkov, bumbung gereja terbakar akibat serpihan dron yang jatuh tetapi tiada kematian dilaporkan.

    Di Ukraine, pegawai tentera udara berkata bahawa pertahanan udara telah menembak jatuh kesemua 37 dron Rusia yang dilancarkan ke atas negara itu semalaman.

    Di wilayah timur laut Kharkiv, di mana Moscow baru-baru ini melancarkan serangan baharu, gabenor wilayah, Oleh Syniehubov berkata hari ini bahawa seorang maut dan 11 cedera akibat pengeboman pada hari sebelumnya.

    Tentera Ukraine sedang berjuang untuk menghentikan kemaraan Rusia di wilayah Kharkiv yang bermula lewat minggu lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda