Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA lancar Almari Infaq

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Bagi memberi ruang kepada warga universiti untuk menyumbang barangan seperti makanan asasi dan barang keperluan harian kepada pelajar yang menetap di Kolej Kediaman Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan (UKBKM), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UNISSA telah merasmikan Almari Infaq atau Charity Corner, di Kantin Kolej Kediaman UNISSA, baru-baru ini.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tabung Ta’awun UNISSA.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Ta’awun UNISSA yang terdiri daripada timbalan-timbalan dekan fakulti serta ahli-ahli MPP khususnya ahli Jawatankuasa MPP sesi 2021/2022 UKBKM.

    Sebagai permulaan, Almari Infaq telah menerima sumbangan daripada Tabung Ta’awun UNISSA yang merupakan platform yang sentiasa tersedia di UNISSA bagi membantu menjaga kebajikan pelajar UNISSA yang memerlukan bantuan.

    Almari Infaq ialah program berterusan yang akan diselenggarakan oleh UKBKM, UNISSA di mana ia diharap mampu memupuk rasa prihatin dalam kalangan warga universiti tersebut.

    Ahli Jawatankuasa MPP UNISSA bergambar bersama Dr Hajah Lily Suzana semasa sesi perasmian Almari Infaq, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda