Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA sumbang 1,000 mushaf

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Sebanyak 1,000 buah Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diserahkan kepada Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) bagi tujuan diagihkan kepada para mualaf di Negara Brunei Darussalam.

    Penyerahan wakaf Mushaf UNISSA disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal kepada Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh pada majlis yang berlangsung di PDI, Kampung Pulaie, hari ini.

    Pengagihan wakaf mushaf tersebut kepada para mualaf di negara ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya di samping menyuntik semangat para mualaf untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran sekali gus melahirkan golongan mualaf yang dekat dengan Al-Quran, hidup berpandukan Al-Quran, tutur bahasa serta tindak tanduk berlandaskan kepada ajaran-ajaran Al-Quran yang mulia selain menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

    Dr Haji Norarfan menyampaikan wakaf mushaf kepada Haji Abdul Rajid pada majlis yang berlangsung di PDI, Kampung Pulaie, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda