Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA wakaf 4,111 mushaf ke sekolah Arab

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Penerbitan Mushaf telah menyerahkan sejumlah 4,111 buah Mushaf UNISSA ke sekolah-sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Mushaf tersebut merupakan hasil tulisan anak tempatan pertama Negara Brunei Darussalam, dan telah mula digunakan buat julung kalinya sebagai kepala perarakan Majlis Hafl Al-Takharruj UNISSA yang ke-10 yang diadakan pada 9 November 2020.

    Penyerahan Mushaf UNISSA ke Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan Sekolah Arab Temburong itu telah disampaikan oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Manakala penyerahan Mushaf UNISSA ke Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan masing-masing telah disampaikan oleh Penolong Rektor Akademik UNISSA; Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad dan Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

    Sementara itu, penyerahan Mushaf UNISSA ke Mahad Islam Brunei dan Sekolah Arab Belait pula telah disampaikan oleh Penolong Rektor Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan, Dr Arman bin Haji Asmad.

    Sejak penerbitannya, sejumlah lebih 6,500 naskhah wakaf Mushaf UNISSA telah diagihkan kepada pihak-pihak yang berkenaan termasuk masyarakat luar negara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Singapura.

    Dr Haji Norarfan semasa menyempurnakan penyerahan Mushaf UNISSA kepada wakil Sekolah Arab Temburong. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Dr Arman semasa menyempurnakan penyerahan Mushaf UNISSA kepada wakil Mahad Islam Brunei. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda