Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNRWA henti hantar bantuan melalui lintasan Kerem Shalom

    GAZA, 1 DIS – Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menghentikan penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom antara Israel dan Gaza disebabkan kebimbangan keselamatan, kata ketuanya hari ini.

    “Kami menghentikan penghantaran bantuan melalui Kerem Shalom, laluan utama bantuan kemanusiaan ke Gaza. Jalan keluar daripada lintasan ini telah tidak selamat selama berbulan-bulan. Pada 16 November, konvoi besar trak bantuan dirampas oleh kumpulan bersenjata,” tulis Lazzarini di platform X.

    Dia menambah, percubaan semalam untuk membawa beberapa trak makanan melalui laluan yang sama turut gagal apabila semua trak dirampas dengan memberi amaran bahawa keadaan kebuluran di Gaza semakin teruk.

    Operasi kemanusiaan di Gaza kini “tidak dapat dilaksanakan” akibat “kepungan berterusan, halangan daripada pihak berkuasa Israel, keputusan politik untuk mengehadkan jumlah bantuan, kekurangan keselamatan di laluan bantuan dan serangan terhadap polis tempatan,” jelasnya.

    Lazzarini menyeru Israel bagi memastikan aliran bantuan ke Gaza dan menggesa negara itu “menghentikan serangan terhadap pekerja kemanusiaan.”

    Tindakan itu susulan daripada serangan Israel kelmarin yang mengorbankan tiga kontraktor dari badan amal Amerika Syarikat, World Central Kitchen, termasuk seorang yang menurut tentera Israel terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. – AFP

    Gambar menunjukkan pekerja Palestin memunggah bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza dari sebuah trak berhampiran persimpangan Kerem Shalom pada 28 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda