Sunday, May 12, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Uqasha Senrose selamat bersalin anak perempuan

    Pelakon Malaysia, Uqasha Senrose selamat melahirkan anak perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada awal pagi kelmarin.

    Memetik laporan mStar, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memberitahu beliau dan suami, Kamal Adli sepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

    Berkongsi mengenai kelahiran Uqaira, Uqasha bersyukur apabila proses kelahiran anaknya seberat 2.72 kilogram dipermudah.

    “Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess subuh tadi.

    “Welcome to the world sayangku, I love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” katanya ringkas.

    Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan beliau bersama anak sulungnya.

    Dalam foto berkenaan Uqasha dilihat dalam keadaan baik dan tersenyum sambil terbaring di atas katil hospital.

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

    Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

    Kali pertama beliau keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. – Agensi

    Uqasha selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Uqaira. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...