Sunday, May 12, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Varian Omicron XBB dikesan di Indonesia

    JAKARTA, 23 OKT – Indonesia melaporkan kes jangkitan tempatan pertama varian Omicron XBB melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun yang tinggal di Surabaya, Jawa Timur.

    Menurut Kementerian Kesihatan wanita itu dan baru pulang dari Lombok, Nusa Tenggara Barat.

    Jurucakap kementerian itu Dr Mohammad Syahril berkata wanita itu disahkan positif pada 26 September dan mempunyai gejala termasuk batuk, demam dan hidung berair.

    Wanita itu dibenarkan keluar daripada pengasingan COVID-19 pada 3 Oktober dan ujian terhadap 10 kontak rapat wanita itu semuanya negatif, katanya dalam satu kenyataan,.

    Dr Mohammad Syahril berkata kementerian akan meningkatkan pengawasan di pintu masuk dan menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada serta mematuhi protokol kesihatan.

    Data pasukan petugas COVID-19 Indonesia menunjukkan 2,087 kes direkodkan pada Sabtu manakala jumlah kes keseluruhan sebanyak 6.47 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sherpa lebarkan rekodnya sendiri, daki Gunung Everest kali ke-29

    KATHMANDU, 12 MEI - Salah seorang sherpa pendakian terhebat di Gunung Everest telah mendaki puncak tertinggi dunia untuk kali ke-29, memanjangkan rekodnya sendiri untuk...