Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    VeGrow City B muncul juara

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – VeGrow City B muncul sebagai juara peringkat akhir Kejohanan Futsal Mini PEMBELA 2023 setelah mengatasi 13 pasukan lain yang bertanding dalam kejohanan itu.

    Perlawanan diadakan di Dewan Serba guna di Kompleks Sukan Mumong itu menyaksikan 14 pasukan dari seluruh negara berkumpul untuk bersaing antara satu sama lain dalam format double-knockout.

    Pasukan yang bertanding antaranya adalah Jackaxx, VeGrow City A, VeGrow City B, Supa Strikas, Corona FC, Pembela FT, Dom FC, Phantom FT, UFT, Al-Waqas, JNS FT, Sayur FT, dan Maitim.

    Di sepanjang kejohanan itu berlangsung, kedua-dua pasukan VeGrow City A dan pasukan VeGrow City B berjaya mara ke peringkat seterusnya untuk bertemu di peringkat akhir, dengan VeGrow City B lebih menyerlah apabila mereka menamatkan perlawanan dengan kelebihan satu mata dengan kemenangan 2- 1 menentang VeGrow City A.

    Sementara itu, kedua-dua pasukan Pembela FT dan JNS FT bertemu dalam perlawanan merebut tempat ketiga setelah masing-masing tewas dalam perlawanan menentang pasukan VeGrow City B dan Ve Grow City A, dengan JNS FT berjaya memenangi perlawanan tersebut.

    Hadir menyaksikan kejohanan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang sekali gus menyampaikan piala dan pingat kepada tiga pasukan pemenang.

    Turut hadir ialah Yang Dipertua PEMBELA, Dayang Atikah Rumaizah binti Dr Haji Harun serta pengerusi kejohanan, Awang Muhd ​​Noor Hazwan bin Abdul Rahman.

    Dalam ucapannya, Awang Muhd Noor Hazwan menjelaskan kejohanan itu terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun dan dibahagikan kepada lapan pasukan.

    Beliau turut merakamkan ucapan te-rima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) atas bantuan dan kepakaran mereka sepanjang kejohanan itu berlangsung.

    Selain piala dan pingat yang di-serahkan, anugerah pemain terbaik turut disampaikan oleh Setiausaha Tetap KKBS kepada Muhammad Shazzirul Aiman ​​bin Muhammad Idzammudin yang diterima oleh salah seorang rakan sepasukannya sebagai wakil.

    Kejohanan anjuran PEMBELA tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-39 Brunei, di samping membantu mengeratkan hubungan silaturahim antara belia daerah menerusi perlawanan persahabatan futsal dan mengembangkan lagi kemahiran serta bakat futsal dalam kalangan belia.

    Antara penonton yang hadir semasa kejohanan tersebut.
    Salah satu perlawanan yang diadakan sebahagian daripada kejohanan.
    Perlawanan akhir yang menyaksikan pasukan VeGrow City B menentang pasukan VeGrow City A (Masing-masing berjersi Merah dan Hitam).
    SUT KKBS menyerahkan piala pemain terbaik kepada wakil salah seorang rakan pemain pasukan VeGrow City B.
    Pengiran Mohd Amirrizal bergambar ramai bersama pasukan VeGrow City B selaku juara kejohanan tersebut.
    Salah satu perlawanan yang diadakan sebahagian daripada kejohanan .
    Setiausaha Tetap KKBS hadir menyaksikan kejohanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...