Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    UBD rai pencapaian profesor tempatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Syarahan Profesional buat julung kalinya bagi memberi penghormatan kepada profesor fakulti tempatan serta meraikan pencapaian akademik mereka, baru-baru ini.

    Acara yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Canselor UBD itu memuatkan setiap syarahan yang bertujuan untuk membentangkan gambaran keseluruhan sumbangan akademik profesor setakat ini dan untuk memperkenalkan keluasan dan kualiti kerja mereka kepada khalayak yang lebih luas.

    Semasa acara berkenaan, syarahan pertama telah disampaikan oleh Profesor Dr Haji Awang Asbol Haji Mail dari Program Sejarah dan Pengajian Antarabangsa di FASS.

    Hadir pada acara syarahan pertama berkenaan ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle. Turut hadir ialah Penolong Naib Canselor UBD, pegawai utama, kakitangan dan mahasiswa dan mahasiswi UBD, ahli keluarga terdekat profesor, dan tetamu jemputan dari Pusat Sejarah Brunei, Biro Bahasa dan Kesusasteraan, dan Kementerian Pendidikan.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan FASS, Dr Kathrina Dato Paduka Haji Mohd Daud dan diikuti dengan ucapan penceramah jemputan, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, yang menggariskan kerjaya akademik dan pencapaian Profesor Dr Haji Awang Asbol yang mengagumkan dari mula hingga sekarang.

    Dr Hazri semasa menghadiri sesi syarahan yang diadakan di Pusat Kesenian Pro-Canselor UBD, baru-baru ini. – Gambar serahan UBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...