Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Verstappen menang GP Sepanyol

    MONTMELO, 5 JUN – Max Verstappen telah memberi amaran bahawa pasukan Red Bullnya cukup bagus untuk memenangi setiap perlumbaan musim Formula Satu.

    Kelmarin, dia mengambil satu langkah lagi ke arah pencapaian yang bercita-cita tinggi itu dengan melonjakkan kepada kemenangan di Grand Prix Sepanyol.

    Juara bertahan dua kali itu bermula dari petak pertama dan tidak pernah dicabar ketika dia meraih kemenangan kelima tahun ini.

    Verstappen menewaskan Ferrari kendalian Carlos Sainz ke selekoh pertama dan kemudian melonjakkan kereta unggulnya mengelilingi Litar Barcelona-Catalunya sejauh 4.6 kilometer (2.8 batu) untuk menamatkan saingan dengan baik di hadapan pasangan Mercedes Lewis Hamilton dan George Russell. – AP

    Max Verstappen mendahului semasa Grand Prix Formula Satu Sepanyol di litar lumba Barcelona Catalunya di Montmelo, Sepanyol, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...