Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Wan Junaidi hasrat dekati rakyat Sarawak

    KUCHING, 2 MEI – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyuarakan hasrat untuk mendekati rakyat Bumi Kenyalang menerusi program jelajah ke seluruh negeri, khususnya melibatkan kawasan pedalaman.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata Wan Junaidi memaklumkan beliau mahu menonjolkan keunikan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak dalam jelajah berkenaan.

    Beliau berkata tarikh program itu masih belum ditetapkan, namun Wan Junaidi jelas sangat teruja dengan idea itu, terutama mengenai lawatan ke kawasan pedalaman.

    “Yang Dipertua Negeri juga menasihatkan kami bahawa antara perkara yang harus dijaga ialah keunikan perpaduan di Sarawak. Tun (Wan Junaidi) berhasrat meletakkan dirinya sebagai pemimpin semua kaum, dan pastikan perpaduan kaum ini kekal menjadi ciri utama Sarawak,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi di Astana Negeri, hari ini.

    Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samuel Simon dan pegawai-pegawai kanan UKAS. – Bernama

    Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) menerima jemputan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...