Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Dua bot bawa barangan lebih RM160,000 ditahan

    TAWAU, 2 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, kelmarin.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata menerusi rondaan Ops Pluto serta Ops Tiris di perairan itu pada awalnya mengesan sebuah bot nelayan pada jam 12:15 tengah hari dan mendapati dua lelaki Indonesia sedang menangkap ikan di kedudukan 6.8 batu nautika.

    “Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki itu merupakan nakhoda dan kru bot masing-masing berumur 24 dan 41 tahun yang kemudian didapati nama nakhoda tidak terdaftar pada dokumentasi bot serta tidak memberitahu penukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata 15 minit kemudian pihaknya turut menahan sebuah bot kargo membawa muatan sawit yang dikendalikan seorang lelaki Indonesia berumur 37 tahun, dan pemeriksaan mendapati berlaku kesalahan sama iaitu tiada maklumat penukaran nakhoda bot.

    Shahrizan berkata kesemua barang termasuk kedua-dua bot serta muatan bernilai lebih RM160,000 disita selain menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi syarat sah lesen.

    Kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua kru dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...