Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Walkaton tingkat kesedaran polio

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 22 OKT – Kelab Rotary Belait (RCB) hari ini telah menganjurkan walkaton tahunan mereka bagi menandakan Hari Polio Sedunia yang disambut setiap tahun pada 24 Oktober.

    Bertempat di Taman Rekreasi Anduki, seramai 30 peserta terdiri daripada ahli RCB, Kelab Rotary Bandar Seri Begawan (RCBSB) dan Kelab Rotary Miri (RC Miri) telah menyertai walkaton tersebut.

    Antara yang hadir ialah Timbalan Gabenor bagi 2023-2024, Henry Ting serta Presiden RCBSB, Jimmy Chung yang juga Pengerusi Wilayah End Polio Brunei, dan Jenny Liew dari RC Miri.

    Dalam ucapan pembukaannya, Henry menekankan kebaikan yang dilakukan oleh ahli Kelab Rotary dalam meningkatkan kesedaran dan inisiatif untuk menamatkan polio di mana hanya dua negara yang masih mencatatkan kes aktif polio iaitu Afghanistan dan Pakistan.

    Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang singkat diikuti dengan walkaton yang berlangsung di sepanjang laluan taman rekreasi tersebut.

    Ahli-ahli RCB, RCBSB dan RC Miri bergambar ramai semasa walkaton berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda