Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Filipina temui sinar Islam

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 6 FEB – Seorang wanita Filipina di Daerah Belait telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Kafe dan Restoran Serikandi, hari ini.

    Majlis pengislaman Lee Ann Duhaylungsod Castaneres yang memilih nama Islamnya sebagai Siti Nur Aisyah binti Abdullah Castaneres telah disaksikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Pengerusi Serikandi dan Pengarah Urusan, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

    Tetamu kehormat dan jemputan turut merenjis minyak wangi dan bunga rampai kepada saudara baharu yang disertai oleh Alon bin Abdullah @ Hong Boo Heng yang telah memeluk agama Islam pada bulan lepas. Majlis diiringi dengan bacaan Dikir Asyrakal.

    Bagi memperingati majlis tersebut, beberapa cenderahati telah disampaikan kepada saudara-saudara baharu oleh tetamu kehormat dan Shaikh Haji Khalid.

    Unit Dakwah Daerah Belait telah merekodkan tujuh orang memeluk agama Islam sejak awal 2024, dengan 193 pengislaman sepanjang tahun lalu.

    Shaikh Haji Khalid turut merenjis minyak wangi dan bunga rampai kepada Siti Nur Aisyah yang disertai oleh Alon bin Abdullah @ Hong Boo Hen. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Siti Nur Aisyah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan tetamu kehormat majlis dan tetamu yang lain. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda