Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wany Hasrita lalui fasa malas, ketagih makan coklat

    Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan pernah melalui situasi tidak bermaya dan hilang semangat melakukan aktiviti hingga berat badannya naik mendadak sebanyak lima kilogram (kg).

    Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen (TV) dan ketagih makan makanan manis seperti coklat sepanjang tempoh bermalas-malasan itu.

    “Seperti yang saya kongsikan dalam aplikasi TikTok, saya baru sahaja keluar dari gua (asingkan diri). Beberapa minggu lalu, saya melalui fasa malas dan tak nak buat apa-apa.

    “Balik rumah jaga anak dan duduk depan TV. Entah kenapa saya rasa macam hilang semangat nak lakukan sebarang aktiviti, malah hari-hari nak makan coklat. Kulit pun jadi kusam sebab selalu makan benda manis.

    “Berat badan pun naik mendadak hingga mencecah 59 kilogram (kg),” katanya kepada BH Online.

    Wany mula menyertai kelas seni ‘kick boxing’ dan mengaji untuk padatkan jadual hariannya. – mStar

    Pun begitu, penyanyi Menahan Rindu itu berkata, situasi dialaminya tidaklah sampai tahap menganggu kerjayanya.

    “Perasaan malas timbul bila saya balik rumah sahaja. Saya masih boleh pergi kerja dan tiada masalah untuk bersiap.

    “Mujur, saya dan suami duduk berjauhan. Kalau tidak, tak tahulah apa perasaan suami melihat saya dalam keadaan seperti itu,” ungkapnya ditemui pada sesi Meet & Greet AJL Paling Ikonik di Pasar Seni, baru-baru ini.

    Wany menambah, kesedaran berubah timbul selepas mendapat nasihat daripada ibu tercinta.

    “Selepas kena ‘brainwash’ dengan emak, barulah ada perasaan nak berubah. Saya mulakan dengan masuk kelas seni ‘kick boxing’ dan mengaji.

    “Saya juga masukkan anak, Aishah Al Iman ke kelas berenang. Saya cuba padatkan jadual harian.

    “Saya tak kisah sangat soal berat badan, cuma nak kekal sihat dan tubuh tanpa lemak,” ungkap Wany. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda