Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Finland keluar mengundi

    HELSINKI, 28 JAN – Warga Finland pergi membuang undi hari ini untuk memilih presiden baharu, sebuah pentadbiran di mana kepentingannya telah meningkat dengan peningkatan ketegangan terhadap negara jiran Rusia sejak pencerobohan Ukraine.

    Walaupun kuasa presiden adalah terhad, ketua negara yang juga bertindak sebagai komander tertinggi angkatan tentera Finland – membantu mengarahkan dasar luar dengan kerjasama kerajaan, bermakna perubahan landskap geopolitik di Eropah akan menjadi kebimbangan utama bagi pemenang pilihan raya.

    Dua ahli politik terkemuka mendahului sembilan calon bekas perdana menteri konservatif, Alexander Stubb dan bekas menteri luar negeri, Pekka Haavisto dari Parti Hijau yang bertanding sebagai calon bebas.

    Tepat di belakang pendahulu ialah calon paling kanan Parti Finland, Jussi Halla-aho, yang pakar percaya juga boleh mara ke pusingan kedua.

    Undian dibuka pada 9 pagi, dan akan ditutup pada 8 malam.

    Seorang pengundi, Hannu Kuusitie memberitahu AFP bahawa negara memerlukan seorang presiden dengan sifat ‘kepimpinan’ dan ‘kemanusiaan’.

    “Sudah tentu, dia juga mesti tegas apabila perlu,” tambahnya. – AFP

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda