Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Wirtz dan Xhaka kekal di Leverkusen – Rolfes

    DORTMUND, 16 APRIL – Florian Wirtz dan Granit Xhaka akan kekal bersama juara baharu Bundesliga, Bayer Leverkusen selepas musim panas, kata pengarah sukan, Simon Rolfes kelmarin.

    Leverkusen merangkul kejuaraan liga pertama dalam sejarah 120 tahun mereka dengan membelasah Werder Bremen 5-0 pada Ahad dengan Wirtz menjaringkan hatrik dan Xhaka turut mencipta gol.

    Kemenangan mengejutkan dalam perebutan gelaran yang mematahkan dominasi 11 tahun Bayern Munich dalam liga Jerman telah menimbulkan spekulasi bahawa beberapa pemain mungkin akan pergi termasuk Wirtz yang berusia 20 tahun.

    Dalam temu bual dengan Spiegel yang diterbitkan kelmarin, sehari selepas kemenangan Leverkusen, Rolfes berkata, “Granit akan kekal begitu juga Florian.”

    Wirtz, yang dianggap sebagai bintang masa depan bola sepak dunia adalah seorang individu yang boleh dikenali ramai. Dengan kegigihan dan keazamannya, dia adalah seorang pemain yang sangat istimewa dan penting untuk kejayaan masa depan.

    Reaksi Xhaka selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Leverkusen, Jerman pada 14 April. – AP

    Xhaka, yang menyertai Leverkusen dari Arsenal sebelum permulaan musim, bermain lebih banyak minit berbanding pemain lain dalam liga untuk pasukan Alonso.

    Leverkusen hanya mempunyai dua gelaran utama dalam sejarah kelab sebelum Ahad tetapi berada di landasan untuk meraih treble yang luar biasa.

    Skuad kendalian Xabi Alonso, masih belum tewas selepas 43 perlawanan, berada di final Piala Jerman dan mendahului 2-0 selepas perlawanan pertama suku akhir Liga Europa menentang West Ham dengan perlawanan kedua akan berlangsung di London pada Khamis.

    Rolfes menolak perubahan besar pada musim panas.

    “Sekiranya kami membuat sebarang perubahan besar pada musim panas, ia hanya untuk membawa masuk pemain terbaik seperti Granit yang merupakan pemain tetap,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...