Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Ketahanan, disiplin kunci kejayaan – Zhou

    SHANGHAI, 16 APRIL – Laluan untuk menjadi pemandu Formula Satu pertama China adalah satu perjalanan sepi yang memerlukan ketahanan dan disiplin diri yang sukar, kata pemandu Sauber, Zhou Guanyu hari ini menjelang perlumbaan grand prix pertamanya di kampung halamannya, Shanghai.

    Acara sukan permotoran akan kembali ke negara itu buat kali pertama dalam tempoh lima tahun pada hujung minggu ini selepas pandemik, dengan kehebohan di sekitar Zhou.

    Pelumba berusia 24 tahun itu yang mencipta sejarah pada 2021 apabila dia menandatangani kontrak dengan Alfa Romeo sebagai pemandu Formula Satu pertama di China, menyifatkan perjalanannya ke tahap tertinggi sukan permotoran sebagai sukar.

    “Sebagai pemandu China, saya tidak berada di kawasan yang menjadi milik saya, saya tidak mempunyai sesiapa untuk membimbing saya, saya tidak mempunyai pembuat kereta, saya tidak mempunyai mana-mana pengeluar enjin,” kata Zhou kepada pemberita hari ini, selepas tayangan dokumentari tentang kerjayanya.

    “Saya bergantung sepenuhnya pada kerja keras saya sendiri dan juga pasukan saya,” katanya.

    “Terdapat banyak yang awda perlu hadapi, awda perlu mendisiplinkan diri secara dalaman dari segi beberapa pemikiran awda,” ujarnya.

    Zhou berkata dia iri kepada pemandu Jepun, yang mempunyai Projek Impian Honda untuk membawa mereka ke landasan sejak kecil lagi.

    Zhou tidak mungkin berada di podium selepas berada di tempat ke-15 di Grand Prix Australia pada Mac dan terpaksa keluar awal kerana masalah mekanikal di Jepun awal bulan ini. – AFP

    Zhou Guanyu (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Sauber dan wakil Pasukan F1 Alfa Romeo, Alessandro Alunni menghadiri tayangan perdana dunia bagi filem dokumentasi The First One di Shanghai pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...