Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods sedia sahut cabaran

    TROON, 17 JULAI – Lima tahun selepas memenangi kejuaraan utama terakhirnya, Tiger Woods berkata, dia sedang berusaha untuk kembali berlatih dan bersedia bagi menyahut cabaran bagi piala Claret Jug, semasaTerbuka British berlangsung di Royal Troon Khamis lalu.

    Pemain berusia 48 tahun itu juga menolak cadangan bahawa dia perlu bersara daripada perlawanan tersebut.

    Woods telah memenangi 15 kejohanan utama terakhirnya di Masters 2019 dengan kemenangan profesional terbarunya hadir pada akhir tahun itu di Kejohanan Zozo.

    Dia telah bergelut sejak 2021 apabila dia mengalami kemalangan kereta yang hampir menyebabkan dia kehilangan kaki kanannya.

    Apabila dia terlepas peluang pada Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, bekas pemain nombor dua dunia, Colin Montgomerie, yang tidak pernah memenangi kejuaraan utama sebelum ini, mencadangkan sudah tiba masanya untuk pemenang acara Jelajah PGA 82 kali itu berhenti.

    “Ada masanya untuk semua ahli sukan mengucapkan selamat tinggal, tetapi amat sukar untuk memberitahu Tiger sudah tiba masanya untuk meninggalkan sukan itu,” kata pemain Scotland tersebut.

    “Jelas sekali, dia masih merasakan dia boleh menang menurut jangakaan kami,” ujarnya lagi. – AFP

    Woods semasa melakukan pukulan pada pusingan latihan untuk Kejohanan Golf Terbuka British di kelab golf Royal Troon di Troon, Scotland pada 15 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda