Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    X1 baharu lebih sporty

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – BMW Asia dan QAF Auto kelmarin melancarkan BMW X1 serba baharu di majlis pelancaran yang berlangsung di Bilik Pameran QAF Auto.

    Dengan penampilannya yang mantap dan fungsi serba boleh, BMW X1 serba baharu memiliki reka bentuk yang lebih progresif dan canggih, ditambah dengan bahagian luar yang lebih sporty dan premium dalam Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) dan jauh berbeza daripada barisan X1 yang terdahulu.

    X1 dibina di BMW Group Plant Regensburg, di mana model dengan enjin pembakaran, sistem hibrid plug-in, dan pemacu elektrik melancarkan satu barisan pemasangan untuk kali pertama.

    Hakikatnya, kemas kini ukurannya akan memberi tumpuan untuk membuat bahagian dalamnya kelihatan lebih besar. Khas untuk memanfaatkan ruang dengan cara yang lebih baik di tempat duduk belakang dan dalam kapasiti but belakang.

    Lampu BMW X1 ini pula hadir dengan LED penuh secara standard di keempat-empat sudut, dengan lampu belakang mendapatkan profil berbentuk L baharu. Di bahagian belakang pula, jendelanya lebih sempit memberi X1 penampilan lebih tegap, manakala lengkungan roda yang lebih lebar menampakkan ciri efek visual kereta berkenaan.

    Menyentuh mengenai bahagian dalam pula, terlihat peningkatan kepada perisian infotainment BMW iDrive 8.

    Ia kini dilengkapi dengan sepasang instrumen 10.25 inci dan paparan navigasi 10.7 inci. Terdapat lubang udara yang besar dan ruang untuk dua pemegang cawan serta dulang telefon pintar dengan pad pengecasan telefon tanpa wayar.

    Menurut Daniel Loo, BMW X1 serba baharu dikuasakan oleh enjin kompak 1.5 liter de-ngan teknologi BMW TwinPower Turbo dengan pacuan roda hadapan. Enjin itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar Steptronic 7-kelajuan. BMW X1 menghasilkan 156 kuasa kuda dan penjimatan bahan api 6.6 l/100km.

    Dengan 230Nm tork tersedia di seluruh jalur putaran lebar 1,500-4,600rpm, SAV memecut dari 0-100 kmsj dalam 9 saat, dan mampu mencapai kelajuan maksimum 215 kmsj.

    Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMW X1 serba baharu boleh mengunjungi Bilik Pameran QAF Auto di Perindustrian Beribi II.

    Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo semasa bergambar ramai pada majlis pelancaran itu.
    BMW X1 serba baharu dilancarkan di Bilik Pameran QAF Auto, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda