Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zelensky pelawa Biden dan Xi hadiri sidang kemuncak keamanan

    KYIV, 26 MEI – President Ukraine, Volodymyr Zelensky hari ini menggesa Presiden Amerika Syarikt (AS), Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping untuk menghadiri sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan depan.

    Permintaan itu dibuat oleh pemimpin Ukraine dalam bahasa Inggeris melalui satu video beremosi yang menunjukkan dia berdiri di hadapan runtuhan di bandar timur Kharkiv yang terjejas.

    “Saya merayu kepada pemimpin dunia yang masih berada di luar usaha-usaha global untuk sidang kemuncak keamanan global: kepada Presiden Biden, pemimpin AS dan kepada Presiden Xi, pemimpin China,” kata Zelensky.

    “Sila sokong sidang kemuncak keamanan dengan kepimpinan dan penyertaan peribadi awda,” katanya.

    Zelensky menyatakan bahawa para pemimpin perlu hadir kerana ‘usaha majoriti global adalah jaminan terbaik bahawa semua komitmen akan dipenuhi’.

    Gambar AP

    Dia juga berkata dia ingin kehadiran pemimpin-pemimpin ‘yang tidak dapat diperdayakan oleh Rusia’.

    Persidangan mengenai perang di Ukraine akan diadakan di sebuah resort mewah berhampiran Lucerne dari 15 hingga 16 Jun.

    Kerajaan Switzerland menjadi tuan rumah acara itu atas permintaan Ukraine.

    Ia telah mengatakan ia telah menjemput 160 delegasi tetapi Rusia tidak akan menghadiri acara itu, yang dijangka berlangsung sehari.

    Kehadiran Biden belum disahkan, manakala penganjur berkata negara yang mengambil bahagian termasuk ahli kumpulan G7, G20 dan BRICS.

    Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata awal bulan ini ‘mereka tidak menjemput kami’, sambil menambah bahawa Rusia tidak akan mendesak untuk hadir ke acara yang tidak diundang.

    China menyatakan pendiriannya minggu ini, berkata dalam satu kenyataan bersama dengan Brazil bahawa ia menyokong “persidangan keamanan antarabangsa yang diadakan pada masa yang sesuai yang diiktiraf oleh kedua-dua Rusia dan Ukraine, dengan penyertaan sama semua pihak serta perbincangan yang adil tentang semua rancangan keamanan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda