Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia bakal berdepan Axelsen

    KUALA LUMPUR, 19 OKT – Perseorangan badminton utama Malaysia, Lee Zii Jia menepati ramalan selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense, kelmarin.

    Perseorangan nombor 11 dunia itu mengetepikan pemain Belgium, Julien Carraggi, 19-21, 21-15, 21-10, dalam pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

    Cabaran lebih getir menanti juara Terbuka Artik itu apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan tempatan, Viktor Axelsen pada pusingan seterusnya.

    Axelsen yang juga perseorangan nombor satu dunia menempah tempat di pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Magnus Johannesen, 21-7, 21-9.

    Sementara itu, beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut berjaya ke pusingan kedua selepas mengambil masa 42 minit untuk menundukkan pasangan tuan rumah, Mathias Thyrri-Amalie Magelund, 21-15, 23-21. – Bernama

    Aksi Zii Jia semasa perlawanan akhir Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland pada 15 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda