Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zii Jia mara ke suku akhir, Jun Hao terkandas di Terbuka Thailand

    BANGKOK, 16 MEI – Pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, pada aksi pusingan kedua di Stadium Nimibutr, hari ini.

    Pemain ranking ke-10 dunia itu hanya mengambil masa 36 minit untuk mencatatkan kemenangan straight set 22-20, 21-17 ke atas wakil Korea Selatan itu dan bakal membuat perhitungan dengan pemain ranking ke-19 dunia dari China, Le Guang Zu pada aksi suku akhir esok.

    Zii Jia, selaku pemain pilihan keenam dan bekas juara edisi 2022, berkata beliau menjangkakan saingan sengit daripada Guang Zu esok.

    “Seperti yang kita semua tahu, Guang Zu adalah pemain defensif dan rali yang sangat baik…ia akan menjadi perlawanan yang sukar terutamanya pergerakan angin dan bulu tangkis dalam arena agak perlahan,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

    Sementara itu,seorang lagi perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-37 dunia tewas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda