Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zimbabwe beli dron untuk usir burung quelea

    HARARE, 18 JULAI – Kerajaan Zimbabwe memperoleh sembilan dron untuk memerangi burung quelea yang juga dikenali sebagai burung qualia bagi meningkatkan pengeluaran tanaman bijirin di negara itu.

    Pada majlis perasmian pada Isnin, Setiausaha Tetap Kementerian Tanah, Pertanian, Air, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar, Dr John Basera, berkata perolehan dron ini menandakan satu langkah tepat ketika negara itu bersedia untuk memodenkan sektor pertaniannya.

    Dron itu, masing-masing mampu membawa 40 liter bahan kimia, akan diedarkan kepada kesemua lapan wilayah luar bandar dan ibu pejabatnya.

    Dr Basera berkata burung quelea yang berhijrah mengancam pengeluaran gandum di Zimbabwe, dengan anggaran kehilangan hasil lebih 95 peratus jika dibiarkan tanpa kawalan.

    “Kementerian secara konsisten menekankan pentingnya setiap bijirin ke arah sara diri dalam pengeluaran bijirin. Bagi mencapai matlamat itu, kami mesti melindunginya daripada kerugian yang boleh dielakkan,” katanya lapor New Ziana.

    Dr Basera juga menekankan mengenai keperluan mekanisasi dan memodenkan bidang pertanian yang mampu menjayakan kecekapan pengeluaran yang diperlukan serta meningkatkan daya saing Zimbabwe dengan rakan serantau dan globalnya.

    Selama bertahun-tahun, burung quelea telah mengancam pengeluaran gandum dan sektor pengeluaran bijirin. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda