Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zulkefli mulakan jelajah solo sempena HK40

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Awang Zulkefli bin Abdullah Yumbah telah memulakan ekspedisi solo Jelajah Empat Daerah pada hari ini, bagi meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK40).

    Penyerahan bendera negara kepada peserta bagi menandakan permulaan jelajah telah berlangsung di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan di-sampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Haji Mohammad Rosfadzilah bin Haji Yusly.

    Beliau akan melakukan jelajah sehingga 23 Februari dengan melakukan aktiviti berjalan dan berkayak yang dianggarkan jarak keseluruhan ekspedisi adalah lebih 350 kilometer.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera negara itu ialah Yang Di-Pertua Persatuan CARE, Hajah Sofinaz binti Haji Abdul Majid, ahli-ahli Persatuan CARE dan penyokong yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga dan Brunei Runners.

    Ekspedisi solo berkenaan telah disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
    (KKBS), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Persatuan CARE.

    Awang Zulkefli bersama ahli Persatuan CARE. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN CARE
    Gambar ramai Awang Zulkefli dan Haji Mohammad Rosfadzilah serta ahli-ahli Persatuan CARE. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN CARE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda