Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di New York

    NEW YORK, 13 FEB – Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, di sini pada kelmarin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

    Insiden itu dipercayai berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan remaja yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

    Menurut laporan media,  seorang pengguna kereta api berusia 34 tahun terbunuh manakala dua remaja antara mangsa yang cedera.

    Ketua transit di Jabatan Polis New York Michael Kemper menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil.

    Polis tempatan masih berusaha mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang lagi penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian. – Bernama

    Pegawai Polis New York City berkawal selepas kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda