Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pelanggan TAIB bawa pulang hadiah istimewa

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Seramai 10 orang pemenang bertuah bagi cabutan bertuah bulanan untuk Disember 2023, bagi kempen-kempan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) telah diraikan dan menerima hadiah mereka dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan London, The Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kempen TAIB’s Gemilang Promotion 2023 dan TAIB’s Gemilang Financing Promotion 2023 itu ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Pemenang cabutan bulanan bagi TAIB’s Gemilang Financing Promotion 2023 ialah Awang Abdillah bin Haji Mahmud yang me-nerima hadiah baucar melancong bernilai $500.

    Sementara itu, sembilan pemenang bulanan bagi TAIB’s Gemilang Promotion 2023 ialah Dr Sylvester Andrew Shim, Dayang Normarini binti Jumat, Dayang Nor Ilme binti Jainani, Farah Susantie Koh, Awang Mohd Noorsuffian, Dayang Najibah Eradah binti Abdullah, Mashhor Offshore Painting Services, Norhafilah Haji Bara dan Mazlyana Kefli.

    Para pemenang berkenaan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Samsung 50’’ Smart TV AU700, Samsung Galaxy A545G, tiket penerbangan ke Singapura, Apple Watch SE, Mayer 5.5L Stand Mixer, TCL Google TV 58’’, SMEG Hand Mixer, Beko 170W Power Stick Cordless Vacuum Cleaner, Oven Gelombang Mikro Panasonic dan Baucar RBC.

    Kedua-dua kempen promosi berkenaan dibukakan kepada orang ramai bermula 1 September 2023 hingga penghujung Februari depan dengan pemenang-pemenang bertuah diumumkan setiap bulan sepanjang kempen itu.

    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai bersama para pemenang cabutan bertuah bulanan bagi kempen-kempen promosi Perbadanan TAIB. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda