Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    100 pelajar hadiri taklimat kenegaraan

    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Seramai 100 orang penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Rimba II menghadiri Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ yang diadakan di Dewan Kuliah sekolah berkenaan, hari ini.

    Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Haji Hairol Azaman bin Haji Pungut dan tenaga pengajar.

    Menurut kenyataan yang diterima, taklimat anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu merupakan salah satu usaha berterusan jabatan itu dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Selain itu, ianya juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris selaku ketua unit.

    Isi kandungan taklimat yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Dalam program tersebut para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara’, ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’ dan video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Taklimat diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.

    Antara pelajar yang hadir pada taklimat yang berlangsung di Dewan Kuliah Sekolah Menengah Rimba II, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...