Monday, January 13, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 kesalahan dikesan dalam sekatan jalan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Sebanyak 13 kesalahan telah dicatatkan dalam operasi sekatan lalu lintas yang dikendalikan oleh keanggotaan Daerah Polis
    Tutong dan Balai Polis Tutong, kelmarin.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), dalam operasi itu, satu kesalahan doket dicatatkan manakala itu, 12 lagi adalah kesalahan kompaun termasuk kenderaan tidak dilindungi insurans, tidak ada hon, plat lesen tidak terang atau tidak jelas dan beberapa kesalahan lain.

    PPDB melalui Daerah Polis Tutong sentiasa berusaha dalam meningkatkan kesiapsiagaan khususnya pembanterasan sebarang aktiviti jenayah dan yang berkaitan dengan pelanggaran akta lalu lintas.

    Operasi sekatan jalan raya adalah antara strategi yang memberikan impak dan sangat berkesan.

    Selain mengesan kesalahan berkaitan lalu lintas, ia turut untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada para pemandu akan kepentingan mematuhi akta lalu lintas bagi tujuan kebaikan serta kemaslahatan penduduk dan rakyat negara ini.

    Operasi sedemikian akan sentiasa dijalankan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

    Antara lori yang diperiksa dalam sekatan jalan raya tersebut.
    Anggota polis mengadakan pemeriksaan kenderaan semasa operasi sekatan lalu lintas baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda