Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 kanak-kanak dijangkiti HIV di India

    INDIA, 24 OKT – Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas menjalani pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times kelmarin.

    Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi dijangkiti HIV.

    Pemindahan darah berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh penyakit talasemia mereka.

    Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda