Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    15 kes tempatan berkaitan majlis perkahwinan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Orang ramai diingatkan untuk sama-sama mengambil tanggungjawab masing-masing seterusnya mengawal penularan COVID-19, apabila menghadiri mana-mana majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menekankan perkara itu dalam memberi respons terhadap peningkatan jumlah kes tempatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan, hasil dapatan hari ini menunjukkan bahawa 15 kes tempatan dikaitkan dengan majlis perkahwinan di rumah yang mana dua kluster telah dikesan.

    Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai untuk membuat persiapan yang rapi daripada segi memastikan tetamu yang datang itu dalam keadaan yang sihat dan tidak demam dan sebagainya.

    Selain itu, pastikan majlis yang diadakan itu mengikuti prosedur operasi standard (SOP), pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

    Yang Berhormat Dato turut menyarankan untuk membuat kod QR yang mana akan memudahkan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan kontak dan lebih baik, jika satu majlis itu membuat ujian ART atau sijil antigen.

    “Orang ramai juga diingatkan jika merasa kurang sihat untuk tidak menghadiri majlis tapi pergi ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan ujian swab PCR atau ART,” jelasnya.

    Majlis perkahwinan antara punca peningkatan jumlah kes harian di negara ini.
    Penganjur majlis keramaian disarankan membuat ujian ART.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...