Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Caj ujian swab pada kadar baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Bermula 1 Januari lalu, kadar bayaran bagi caj ujian SARS-CoV-2 di negara ini telah disemak semula oleh Jawatankuasa Pandu COVID-19.

    Bagi tujuan masuk ke negara ini, caj pembayaran sebanyak $100 akan dikenakan bagi ujian swab RT-PCR dan ujian antigen pantas (ART) semasa ketibaan, manakala bagi tujuan keluar dari negara ini, caj bayaran yang dikenakan ialah sebanyak $80 bagi ujian RT-PCR.

    Caj bayaran itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Kadar bayaran caj ujian SARS-CoV-2 ini dikenakan kepada sesiapa yang hendak membuat perjalanan keluar atau masuk ke negara ini sama ada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam atau warga asing,” jelas Yang Berhormat Dato.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...