Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut dalam pengeboman Israel

    BANDAR GAZA, 28 MEI – Kira-kira 16 rakyat Palestin kelmarin dilaporkan terbunuh dalam siri pengeboman besar Israel ke atas kawasan di barat dan tengah Rafah di selatan Semenanjung Gaza, ketika serangan Israel ke atas wilayah kecil itu memasuki hari ke-235.

    Menurut koresponden agensi Anadolu, ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah selepas tentera Israel meluaskan serangan ke bandar itu pada malam kelmarin.

    Antara mangsa di Rafah, tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di Tal al-Sultan, barat laut pusat bandar Rafah, kata sumber perubatan kepada Anadolu.

    Serangan hebat Israel semalaman di barat Rafah itu menyebabkan staf perubatan dan pesakit terperangkap di dalam klinik Tal al-Sultan dan hospital lapangan Indonesia di bandar itu, menurut saksi.

    Pencerobohan Israel ke atas Rafah menjadikan tentera Israel hampir menguasai sepenuhnya kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir, dikenali sebagai Koridor Philadelphi, zon penampan yang bebas daripada aktiviti ketenteraan, terletak di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir.

    Israel meneruskan serangan kejamnya terhadap Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera. – Bernama

    Rakyat Palestin melihat kemusnahan selepas serangan Israel di mana pelarian tinggal di Rafah, Semenanjung Gaza pada 27 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda