Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 ditemui hidup dalam operasi menyelamat

    ATHENS, 17 NOV – Pihak berkuasa Greece menjalankan operasi mencari dan menyelamat hari ini di luar pantai sebuah pulau kecil di Laut Aegean timur berhampiran pantai Turkiye, selepas sebuah bot kecil yang membawa pelarian terbalik, kata pihak pengawal pantai.

    Seramai 18 orang telah diselamatkan, sementara seorang lagi, seorang wanita, telah ditarik dari air dalam keadaan tidak sedarkan diri, kata pihak pengawal pantai. Mangsa yang terselamat akan dibawa ke pulau berhampiran, iaitu Samos. Pihak pengawal pantai berkata tiada lagi orang dilaporkan hilang.

    Ribuan orang yang melarikan diri daripada peperangan dan kemiskinan di Timur Tengah, Afrika, dan Asia cuba menyeberangi laut yang pendek tetapi berbahaya dari Turkiye ke pulau-pulau Greece setiap tahun, dengan harapan untuk akhirnya mencari jalan untuk pergi ke negara-negara Kesatuan Eropah. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda