Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 peserta tamat bengkel membaca tulisan Jawi lama

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Seramai 21 orang peserta berjaya menamatkan bengkel sekali gus diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Membaca Tulisan Jawi Lama dalam Manuskrip yang berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pembentang dan peserta bengkel ialah Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Bengkel selama dua hari itu dikendalikan dan ditunjuk ajar oleh dua orang fasilitator di mana ia disertai oleh seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PSB serta pegawai dan kakitangan di bawah KKBS iaitu Jabatan Muzium-muzium Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

    ATAS & BAWAH: Dr Haji Muhammad Hadi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda