Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    213 menara komunikasi beroperasi pada suku kedua di S’wak

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Sebanyak 213 menara komunikasi baharu daripada 864 menara yang dirancang untuk dibina dan beroperasi di bawah Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak telah siap dibina setakat suku kedua tahun ini.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata pada masa yang sama sejumlah 3,689 daripada 3,735 pemancar juga siap dinaik taraf, manakala 106,331 daripada 207,135 premis tersedia dengan capaian gentian optik.

    Selain itu, katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga mengguna pakai teknologi satelit bagi memperluaskan liputan internet terutamanya di kawasan pedalaman dengan 523 lokasi telah menikmati perkhidmatan internet melalui satelit yang dikenali sebagai Broadband Wireless Access (BWA).

    “Setakat suku kedua 2023, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak telah mencapai 87.52 peratus. Baki daripada setiap inisiatif tersebut dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung 2025,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda