Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 maut dalam bedilan di pasar

    KYIV, UKRAINE, 21 JAN – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh hari ini dalam bedilan di sebuah pasar di pinggir bandar Donetsk di Ukraine yang diduduki Rusia, lapor pegawai tempatan.

    Seramai 20 orang lagi cedera dalam serangan di pinggir bandar Tekstilshchik, termasuk dua kanak-kanak, kata Denis Pushilin, ketua pihak berkuasa Rusia di Donetsk. Dia berkata tembakan telah dilepaskan oleh tentera Ukraine.

    Kyiv belum mengulas mengenai kejadian itu dan dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas oleh The Associated Press. Perkhidmatan kecemasan terus bekerja di tempat kejadian, kata Pushilin.

    Hari ini juga, kebakaran meletus di terminal pengangkutan gas di pelabuhan Ust-Luga Rusia berikutan dua letupan, kata pegawai serantau. Media tempatan melaporkan bahawa pelabuhan itu telah diserang oleh dron Ukraine, menyebabkan tangki gas meletup.

    Kebakaran berlaku di tapak yang dikendalikan oleh pengeluar gas asli kedua terbesar Rusia, Novatek, 165 kilometer dari barat daya St. Petersburg.

    Dalam satu kenyataan akhbar kepada saluran media Rusia RBC, syarikat itu berkata kebakaran itu adalah hasil daripada ‘pengaruh luar.’ Ia juga mengatakan ia telah menghentikan operasi di pelabuhan.

    Yuri Zapalatsky, ketua daerah Kingisepp Rusia, di mana pelabuhan itu berpusat, berkata dalam satu kenyataan tidak adanya laporan kemalangan jiwa, tetapi kawasan itu telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. – AP

    Seorang wanita berjalan melintasi mayat seorang mangsa yang terbunuh semasa serangan di Donetsk, Ukraine kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda