Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 maut dalam nahas trak

    ABUJA, 23 NOV – Kemalangan ngeri melibatkan sebuah trak yang membawa muatan berlebihan di Nigeria mengakibatkan seramai 25 orang terbunuh.

    Jumlah itu melebihi angka 17 orang yang disahkan polis trafik sebelum ini, lapor Xinhua memetik seorang pegawai kanan kerajaan kelmarin.

    Trak yang membawa muatan barangan dan penumpang melebihi kapasiti itu dipercayai hilang kawalan.

    Nahas berlaku di lebuh raya yang sibuk di Magama pada Selasa lalu itu turut menyebabkan lebih 200 orang cedera.

    Terdahulu, jurucakap polis trafik Nigeria, Bisi Kazeem, berkata sebanyak 229 orang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan awal mendapati trak berkenaan dipandu melebihi had laju. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda