Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 individu ditahan seludup ayam mentah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pasukan Simpanan Polis C Kompeni (Polis Hutan) kelmarin, telah menahan tiga individu bersama 38 kotak besar berisi daging ayam (barang mentah) dalam Operasi Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Hutan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei-Malaysia.

    Menurut kenyataan yang diberikan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), dalam operasi yang dijalankan sekitar waktu petang itu, Pasukan Polis Hutan telah mengesan dan mendapati beberapa orang individu yang dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah beberapa kotak besar dipercayai barang-barang tegahan.

    Pasukan Polis Hutan telah bertindak menyerbu individu-individu tersebut manakala seorang daripada suspek telah melarikan diri ke negara jiran.

    Kes berkenaan telah dilaporkan ke balai polis yang berhampiran untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksesais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan yang selanjutnya.

    PPDB berserta agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain tidak akan ragu-ragu dalam menjalankan amanah dan tugas bagi menegakkan undang-undang negara dan akan sentiasa komited dalam usaha bagi membanteras sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan negara.

    Kotak berisi ayam mentah berjaya dirampas oleh Polis Hutan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda