BUENOS AIRES, 8 NOV – Tiga orang telah didakwa berhubung kematian Liam Payne, bekas ahli kumpulan muzik One Direction yang telah meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires bulan lalu, kata pendakwa raya Argentina pada kelmarin.
Pendakwa raya Andrés Madrea mendakwa ketiga-tiga suspek yang dirahsiakan dengan tuduhan ‘meninggalkan seseorang sehinggan kematian’ dan ‘membekalkan dan memudahkan penggunaan narkotik,’
Madrea juga meminta hakim memutuskan ketiga-tiga mereka tidak boleh meninggalkan negara bekenaan.
Payne terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat tiga hotelnya di kawasan kejiranan mewah Palermo, di ibu negara Argentina. Bedah siasat berkata dia meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan dan pendarahan luar.
Pendakwa raya juga berkata bahawa ujian toksikologi Payne menunjukkan bahawa tubuhnya mempunyai, “kesan alkohol, kokain dan antidepresan yang dibenarkan” pada saat-saat sebelum kematiannya.
Penyiasat juga berkata bahawa dia bersendirian ketika dia terjatuh. Tetapi pejabat pendakwa berkata kelmarin bahawa salah seorang yang didakwa sering bersama penyanyi itu semasa berada di Buenos Aires. Suspek yang kedua ialah seorang kakitangan hotel yang didakwa telah memberi kokain kepada Payne di antara 13 dan 16 Oktober. Suspek yang ketiga pula adalah pengedar dadah. –
Pertuduhan dalam kes Payne mempunyai sedikit persamaan dengan kes kematian bintang Friends Matthew Perry setahun lalu. Pembantu peribadi pelakon itu dan rakan lamanya adalah antara yang didakwa membantu membekalkannya dengan ketamin pada bulan-bulan terakhir hidupnya, yang membawa kepada dos berlebihan ubat bius.