Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    3 tragedi di Asia ragut ratusan nyawa

    SEOUL, KOREA SELATAN – Lebih 400 orang maut pada Oktober dalam satu siri bencana yang membabitkan orang ramai di Asia, apabila jambatan gantung yang dipenuhi dengan pengunjung runtuh di India.

    Manakala, insiden rempuhan di pesta Halloween di ibu negara Korea Selatan, dan penonton menyelamatkan diri daripada stadium di Indonesia selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

    Dinamik dalam tiga situasi adalah berbeza, walaupun pakar berkata berikutan perancangan dan pengurusan orang ramai yang lemah menyumbang kepada bencana di Indonesia dan Korea Selatan.

    Di India, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada jambatan yang baharu dibaiki telah diperiksa dengan betul.

    Di Seoul, 156 orang maut apabila lebih 100,000 orang meraikan perayaan Halloween pada malam yang popular di Itaewon pada Sabtu yang pertama sejak sekatan ketat COVID-19 di negara itu ditarik balik.

    Sukarelawan membawa mangsa selepas jambatan gantung di sungai Machchu runtuh di bandar Morbi, barat negeri Gujarat, India. – AP
    Seorang wanita meletakkan bunga untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang maut berikutan perayaan Halloween malam Sabtu di jalan berhampiran tempat kejadian di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Lakaran protes diconteng pada pintu pagar di Stadium Kanjuruhan di mana penonton dipijak di Malang, Indonesia. – AP
    Penyelamat mencari mangsa yang jatuh akibat jambatan gantung runtuh di sungai Machchu bandar Morbi, barat negeri Gujarat, India. – AP

    Lorong-lorong sempit di daerah itu dipenuhi dengan orang ramai, yang membawa kepada ‘rempuhan orang penuh sesak’ sehingga mereka tidak mempunyai kawalan penuh ke atas pergerakan mereka.

    Ia memang tepat, apabila kepadatan orang ramai mencapai tahap yang dianggarkan pada perayaan Itaewon, ramai yang akan terkorban, mencetuskan kesan domino, kata Haghani, yang telah mengkaji lebih daripada 275 tragedi berkaitan kepadatan orang ramai sejak 1902.

    Pihak berkuasa Seoul telah dikritik kerana seramai 137 pegawai yang bertugas pada Sabtu untuk menangani orang ramai yang membanjiri pesta tersebut. Pegawai kerap menghantar lebih ramai polis untuk mengawal protes di ibu negara.

    Yoon Hee Keun, pesuruhjaya jeneral Agensi Polis Kebangsaan Korea, memberitahu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen kelmarin bahawa dia merasakan ‘tanggungjawab berat’ disebabkan ramai yang terkorban.

    Lebih penting daripada polis tambahan, pihak berkuasa Korea Selatan boleh menggunakan pakar kawalan orang ramai untuk memantau dan menghalang kawasan itu daripada sesak seperti yang berlaku, katanya.

    Pengajaran daripada tragedi yang dikaji dengan baik seperti bencana Love Parade 2010 di Jerman, di mana 21 orang maut ketika cuba keluar dari kawasan melalui kesesakan, menjadikan situasi pergolakan orang ramai boleh diramalkan apabila diperhati oleh pakar, katanya

    Indonesia masih menyiasat tragedi 1 Oktober di sebuah stadium bola sepak, di mana 135 orang maut, termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak. Polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam stadium, di mana beberapa pintu pagar dikunci, selepas seramai 42,000 orang pergi ke padang, dan bergegas ke arah pintu keluar dan menyebabkan rempuhan.

    Soehatman Ramli, pengerusi Pertubuhan Keselamatan Dunia Indonesia, memberitahu The Associated Press, kes itu menunjukkan berlaku tanpa pelan pengurusan risiko yang betul dan tindakan sekiranya berlaku kecemasan.

    “Rancangan ini termasuk laluan pemindahan dan pengurusan orang ramai untuk mengawal situasi panik,” kata Ramli.

    Polis mengatakan stadium Kanju-ruhan di bandar Malang tidak mempunyai sijil operasi yang betul dan pertuduhan jenayah akan dikenakan terhadap enam orang kerana kecuaian, termasuk tiga pegawai polis yang membenarkan atau mengarahkan pegawai menggunakan gas pemedih mata.

    Pasukan pencari fakta yang ditubuhkan oleh Presiden Joko Widodo mendapati gas pemedih mata adalah punca utama tragedi itu, secara kesimpulan Haghani berkata ia tidak mengejutkan.

    Selepas hujung minggu, jambatan gantung yang baharu dibaiki runtuh di negeri Gujerat India yang mengakibatkan 134 orang maut, pihak berkuasa telah mengumumkan penahanan sembilan orang, termasuk pengurus pengendali jambatan itu.

    Jambatan berusia 143 tahun itu dibuka semula empat hari sebelum runtuh di bawah bebanan ratusan orang yang meraikan musim perayaan Hindu.

    Video keselamatan bencana itu menunjukkan ia bergegar kuat dan orang ramai cuba berpegang pada kabel dan pagar logamnya sebelum laluan pejalan kaki aluminium itu putus dan terhempas ke dalam sungai.

    Jambatan itu terbelah di tengah dengan laluan pejalan kakinya tergantung ke bawah dan kabelnya putus.

    Siasatan masih dijalankan, tetapi seorang pegawai tempatan memberitahu akhbar Indian Express bahawa syarikat itu membuka semula jambatan itu terlebih dahulu tanpa mendapatkan ‘sijil kelayakan.’

    Ketiga-tiga bencana Oktober berfungsi sebagai peringatan tentang pelbagai cara di mana pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan awam, kata Dirk Helbing, seorang profesor sains sosial pengiraan di universiti ETH Zurich yang mengkaji dinamik orang ramai.

    “Dalam sedekad yang lalu, sains telah menyediakan banyak pandangan dan alat baharu untuk menyumbang kepada keselamatan dan pengurusan orang ramai,” katanya. “Saya harap ilmu ini akan tersebar dengan cepat dan dengan itu membantu mengelakkan bencana pada masa hadapan.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...