Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 terbunuh dalam kejadian rempuhan daftar tentera

    BRAZZAVILLE, 21 NOV – Seramai 37 orang belia terbunuh dalam kejadian rempuhan semalam semasa kempen pendaftaran bagi tentera dibukakan di sebuah stadium di Brazzaville, ibu negara Republik Congo, kata pejabat hari ini.

    Minggu lalu, tentera di negara Afrika Tengah yang juga dikenali sebagai Congo-Brazzaville, mengumumkan mereka sedang menerima 1,500 orang pendaftar berumur antara 18 dan 25 tahun.

    Perdana Menteri Anatole Collinet Makosso mengatakan 37 orang telah terbunuh dalam ‘tragedi’ itu, dengan jumlah orang lain yang cedera tidak dinyatakan.

    “Satu unit krisis telah ditubuhkan di bawah kuasa perdana menteri,” tambah satu kenyataan.

    Calon tentera telah diarahkan untuk pergi ke stadium Michel d’Ornano di tengah Brazzaville.

    Menurut penduduk tempatan, ramai orang masih berada di dalam stadium semalam ketika kejadian rempuhan berlaku.

    Beberapa orang cuba merempuh pintu, dengan ramai terjatuh dalam kekecohan itu, kata penduduk.

    Butiran kejadian masih belum jelas dan AFP tidak dapat mengesahkan butiran tersebut secara bebas. –AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda