Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria

    VIENNA, 26 Nov – Kesemua empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.

    Jurucakap polis Austria berkata nahas berlaku kira-kira tengah hari kelmarin di kawasan peranginan ski Kasberg di Upper Austria.

    Menurut beliau, salji menyukarkan pencarian pesawat yang terhempas itu.

    Selepas kira-kira dua jam, serpihan pertama pesawat ditemukan di kawasan yang dilitupi salji sebelum  mayat keempat-empat penumpang ditemukan.

    Polis berkata identiti mangsa, punca nahas dan laluan sebenar pesawat masih belum dapat dipastikan. – Bernama

    gambar freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda