Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 warga emas maut, 18 cedera dalam kebakaran

    BERLIN, 4 MAC – Kebakaran di sebuah kediaman warga emas di barat laut Jerman, mengorbankan empat penghuni dan mencederakan sekurang-kurangnya 18 yang lain, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Kejadian berlaku pada awal pagi di pekan kecil di Bedburg-Hau, lapor agensi Anadolu memetik penyiar, WDR.Seorang anggota bomba dan pegawai polis turut cedera parah, menurut pihak berkuasa.

    Sekurang-kurangnya 46 penghuni lain diselamatkan dengan 15 daripadanya cedera ringan.

    Pihak bomba masih belum dapat memberikan sebarang maklumat mengenai punca kebakaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda